Artikel Menarik

Tuesday, August 18, 2015

Salam Hari Kebangsaan 2015

Ayuh rakyat Malaysia !

Sama-sama kita mengukuhkan solidariti rakyat Malaysia dalam menghadapi pahit getir cabaran, berdepan dengan dugaan, termasuk kebersatuan dalam kesedihan.


Sama-sama kita memupuk keyakinan bahawa kita mampu mencapai apa jua cita-cita sebagai sebuah negara bangsa jika wujudnya kebersatuan.

Sama-sama kita berusaha mewariskan sebuah Malaysia yang makmur lagi sejahtera.

Salam Hari Kebangsaan 2015. Semoga Malaysia terus dipacu dengan kegemilangan dan sentiasa dipelihara oleh Nya.

Sunday, August 16, 2015

[16 Foto ] Mesyuarat Pemuda Kemaman lancar, Mukhriz tekankan Integriti !

Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian Kemaman telah berjaya dilaksanakan pada 13/8/2015 yang dirasmikan oleh YAB Dato Seri Mukhriz Mahathir (Ahli Majlis Tertinggi UMNO) di Dewan Seri Amar, Kemaman.
Selepas perasmian tiga sayap, perwakilan pemuda telah berpindah ke Dewan Pejabat UMNO Kemaman untuk meneruskan mesyuarat. Kehadiran lebih 90% pewakilan dari 99 cawangan Pemuda diseluruh Kemaman melancarkan perjalanan mesyuarat pada malam tersebut.
Ketika perasmian, YAB DS Mukhriz mengingatkan UMNO perlu memulihkan persepsi ahlinya berhubung defisit kepercayaan dan integriti, sebelum mendapatkan semula mandat daripada rakyat yang semakin hilang keyakinan terhadap parti itu.

terkini @pemudakemaman.net

UMNO Online