Artikel Menarik

Saturday, December 20, 2014

PEMUDA KEMAMAN LANCAR SKUAD KHAS BENCANA BANJIR


KEMAMAN – Bermula pada pagi Isnin, 16hb Disember 2014, Skuad Khas Bencana Banjir Pemuda UMNO Kemaman telah diaktifkan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Kemaman.

Seramai 60 orang sukarelawan Pemuda UMNO melibatkan 15 orang dari setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Kemaman telah dikerahkan untuk bertugas selama 24 jam secara bergilir-gilir selama 3 hari.
Tempoh khidmat Skuad Khas Bencana Banjir ini berkemungkinan akan dilanjutkan bergantung pada keadaan cuaca.
Selain membantu badan-badan kerajaan, skuad ini juga membawa dan mengagihkan barangan keperluan mangsa banjir seperti tilam, beras, biskut, roti dan lain-lain keperluan untuk bantuan segera kepada pusat-pusat penempatan sementara bencana banjir terutama jika terdapat pusat pemindahan baru yang bakal dibuka jika keadaan bertambah buruk.
Skuad ini juga menghantar makanan siap seperti masakan panas siap dibungkus yang disediakan oleh Ahli Parlimen Kemaman yang mana makanan tersebut dimasak oleh sukarelawan IKBN Kemasik ke pusat-pusat pemindahan banjir dalam Parlimen Kemaman.
Semalam, Skuad Khas Bencana Banjir Pemuda UMNO Kemaman telah melawat kawasan pusat pemindahan di Ibuk, Padang Kemunting, SK Kemasik dan Padang Kubu.
Selain memantau kawasan-kawasan yang telah dinaiki air dan kawasan-kawasan yang berisiko, skuad ini juga telah melakukan ziarah ke Teladas dan Air Putih hari ini.
Skuad ini juga membantu dan mengkoordinasikan pergerakan bersama Pejabat Ahli Parlimen Kemaman dan Pejabat-pejabat DUN, Pejabat Belia Kemaman dan IKBN Kemasik.
uk5
uk7
uk8
uk9
uk10
uk11
uk12
uk13
uk14
uk15
uk16

No comments:

Post a Comment

terkini @pemudakemaman.net

UMNO Online