Artikel Menarik

Sunday, August 16, 2015

[16 Foto ] Mesyuarat Pemuda Kemaman 2015 lancar

Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian Kemaman telah berjaya dilaksanakan pada 13/8/2015 yang dirasmikan oleh YAB Dato Seri Mukhriz Mahathir (Ahli Majlis Tertinggi UMNO) di Dewan Seri Amar, Kemaman.
Selepas perasmian tiga sayap, perwakilan pemuda telah berpindah ke Dewan Pejabat UMNO Kemaman untuk meneruskan mesyuarat. Kehadiran lebih 90% pewakilan dari 99 cawangan Pemuda diseluruh Kemaman melancarkan perjalanan mesyuarat pada malam tersebut.
Ketika perasmian, YAB DS Mukhriz mengingatkan UMNO perlu memulihkan persepsi ahlinya berhubung defisit kepercayaan dan integriti, sebelum mendapatkan semula mandat daripada rakyat yang semakin hilang keyakinan terhadap parti itu.

Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang berpendapat proses itu sebagai asas penting bagi membolehkan ia diterjemah dalam bentuk sokongan pada Pilihan Raya Umum ke-14 kelak. 
DS Mukhriz juga berkata kepimpinan UMNO seharusnya jujur dan bertanggungjawab dalam merungkai segala permasalahan parti.
"Dalam usaha kita menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak yang mewakili rakyat itu sendiri, adakalanya kita kurang tepat, atau tidak tepat, maka timbullah bermacam-macam masalah lagi.
"Keyakinan rakyat yang agak longgar ketika ini seolah-olah diambil mudah oleh kita, kita tidak kisah, kalau percaya, percayalah, kalau tidak, tak mengapa, saya ingat, lagi besar masalahnya, apabila rakyat tanya kita satu soalan, lain pula yang kita jawab," jelas Mukhriz.
Beliau juga melihat mesyuarat yang diadakan di seluruh negara ketika ini sebagai medan terbaik menyelesaikan sebarang pertikaian. 
"Kita perlulah mengambil kesempatan dalam musim mesyuarat perwakilan peringkat sayap, peringkat bahagian, untuk memberi perhatian kepada soal ini.
"Kalau waktu ini pun, sesama kita saja, umpama mesyuarat tertutup, kita tidak bangkitkan perkara penting, perkara asas seperti ini, saya risau bahawa kita sebenarnya syok sendiri.
"Kemudian masalah tidak selesai, dan bila kita berhadapan dengan rakyat, mereka melihat  kita masih tidak, tegas Mukhriz.



 
  


Secara rumusannya, Perwakilan Pemuda Kemaman ketika dalam mesyuarat banyak menyatakan keyakinan untuk UMNO kembali bangkit dan memenangi hati rakyat seterusnya mencipta kemenangan luar biasa di PRU14 kelak.

No comments:

Post a Comment

terkini @pemudakemaman.net

UMNO Online