Artikel Menarik

Wednesday, March 4, 2015

Pemuda Kemaman agih beg, peralatan sekolah

Pemuda UMNO Bahagian Kemaman menyampaikan beg dan peralatan sekolah kepada 120 murid yatim di SK Seri Geliga dan 122 murid di SK Pasir Gajah yang menjadi mangsa banjir akhir tahun lepas.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman, Ahmad Fikry Ibrahim berkata, walaupun bantuan beg dan peralatan sekolah itu hanya sumbangan kecil namun berharap ia dapat membantu menceriakan semula emosi dan menghilangkan trauma dalam kalangan murid yang terjejas akibat banjir.

“Sumbangan ini tanda kecaknaan pelbagai pihak yang komited untuk terus menyokong anak-anak ini terus berjaya di masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas penyampaian bantuan itu semalam.

Turut hadir Pegawai Yayasan Pelajaran Mara Negeri Johor, Mohd Yusof Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Kumpulan Ranaco, Ahmad Firdaus Ramlan dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Kemaman, Shaeda Jusoh.

Program Skuad Orang Muda Prihatin, yang turut diadakan dengan kerjasama Yayasan Pelajaran Mara (YPM) dan Syarikat Kumpulan Ranaco itu, juga akan diteruskan ke dua lagi buah sekolah, masing-masing di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik dan Kijal pada minggu depan.

No comments:

Post a Comment

terkini @pemudakemaman.net

UMNO Online